Tuesday 17 May 2011

Panduan Menjawab soalan peperiksaan

Di sini diperturunkan sebahagian panduan menjawab soalan peperiksaan Budaya dan Pembelajaran;

1. Bahagian A ada 20 soalan aneka pilihan. 20 markah .Soalan Objektif dapat menguji skop yang lebih luas. Oleh itu nampaknya anda harus membaca semua topik. Namun jawapan biasanya dapat diagak di antara A,B,C atau D.
2. Bahagian B soalan Struktur. Ada 4 soalan.  40 markah. Setiap satu dipecah kepada 2. Iaitu 1a, 1b. 2a, 2b. 3a, 3b. dan 4a, 4b.  Soalan struktur disediakan tempat kosong untuk menulis jawapan anda. Saya galakkan anda menjawab lebih daripada ruang yang diberi. Misalnya jika soalan meminta 4 aspek dan tempat kosong diberi 4,  sila berikan 1 jawapan ekstra jika mampu. Ini disebabkan jika jawapan anda ada yang tak tepat atau layak diberi markah separuh sahaja, maka mungkin jawapan ekstra akan membantu. 

3. Bahagian C soalan esei. Diberi 3 soalan pilih 2 sahaja. Wajaran 40 markah. setiap soalan biasanya dipecahkan pula kepada dua. iaitu 1a, 1b, 2a,2b, 3a, dan 3b.  Setiap pecahan markahnya 10.  Biasanya soalan akan meminta jumlah aspek yang diperlukan. Misalnya 5 cara, 5 kaedah dan sebagainya. Berikan satu aspek tersebut, diikuti dengan huraian. Lebih baik jika ada contoh. Tersangat baik pula jika anda mampu menunjukkan grafik, jadual, gambarajah atau alat berfikir (pengurusan grafik) sebagai memantapkan hujah, menggambarkan konsep  di samping menunjukkan anda seorang yang berfikir analitikal.

sekian. semoga berjaya dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment