Wednesday 18 May 2011

Contoh jawapan soalan esei.



Bincangkan lima cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah.

Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan.  Dalam konteks bilik darjah,  komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid  dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif). 

Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang baik  patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang baik.  Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan difahami oleh si penyampai dan si penerima.

Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang pelbagai latar belakang. Guru  penting mengetahui  latar belakang murid agar mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan  dan penguasaan bahasa muridnya.  Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat  dan ringkas

Guru  perlu bersikap dan berfikiran positif.  Lihat kepada persamaan murid. Anggap perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok.

Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan.  Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon.  
Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula.  Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.

Guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan pandangan. Berikan dorongan minima seperti “ooh”, hmmm, ‘ ya, teruskan’, mengangguk, memek muka yang penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas (gesture). Ini akan menggalakkan murid terus bercerita atau menjawab soalan.  

Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea.  Jangan mendesak atau segera mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi  selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih panjang  dan lebih komunikatif.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi  efektif segala masalah atau halangan komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas, kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek muka yang serius ataubersifat  mengancam.

(Contoh & huraian diberi = 10 markah/markah penuh)

No comments:

Post a Comment