Wednesday 18 May 2011

MENGAPA MANUSIA SUKA BERGABUNG DALAM KELOMPOK?

Soalan begini 'common sense' sahaja jawapannya. Saya tak percaya jika anda tak boleh nak 'goreng' jawapan untuk soalan macam ni. Analogi yang mudah, kambing yang bersendirian dan jauh dari kumpulannya akan menghadapi risiko..... begitu juga manusia. berada dalam kelompok banyak kelebihannya.  saya hanya mencadangkan beberapa kerat jawapan yang 'sekeping kek' (a piece of cake)....


1. Harga diri : meningkatkan harga diri. Rasa dihargai dan dihormati. Rasa dipunyai ( sense of belonging)

2. Mendapatkan status: Diri akan dianggap penting oleh orang lain dalam kelompok.  

3.Kekuatan :  Kekuatan individu adalah  terhad.  Bila berada dalam kelompok akan menjadi lebih kuat. Perumpamaan sebatang lidi dan sebatang penyapu.

4. Keamanan : Perasaan lebih aman dalam kelompok, merasa selamat, lebih selesa, berani menghadapi rintangan.

5. Afiliasi : Meningkatkan keperluan sosial iaitu interaksi terus menerus antara ahli dalam kelompok.

6. Mencapai tujuan : Kolaborasi antara ahli dalam kelompok untuk mencapai matlamat bersama. Kerjasama ahli diperolehi dalam merancang dan melaksana sesuatu tindakan.

1 comment: