Tuesday 17 May 2011

Bagaimana Guru Tidak Akan meminggirkan Murid-muridnya?

Semasa P&P berlangsung, kerapkali guru tidak dapat berlaku demokratik sepenuhnya. Tambahan pula bila murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. 
Guru dapat memastikan murid-muridnya  tidak akan terpinggir melalui beberapa cadangan berikut:

1. Guru memodelkan tingkah laku (guru kan role model). Tunjukkan  sikap adil, tidak pilih kasih, melayan sama rata.
2. Demokratik tanpa mengira kaum, agama, kelas sosial murid
3. Susunkan formasi tempat duduk murid dengan mengambil kira percampuran murid-murid dari pelabagai latar belakang. Misalnya berpasangan, berkumpulan.
4. Semasa  merancang P&P (Buat RPH) pastikan aktiviti mengambil kira peluang murid dapat berinteraksi atau berkolaborasi sesama rakan yang berbeza.
5. Gunakan BBM  yang mengambil kira pelbagai budaya. 
6. Beri contoh-contoh yang relevan pelbagai budaya untuk menerangkan konsep.
7. Menerapkan nilai-nilai murni  seperti hormat, prihatin, jujur, kasih sayang.
8. Bantulah murid bersikap dan berfikiran positif. Hindarkan prasangka. 
9. ada lagi kot contoh lain yang dapat dikongsi kat sini... cer citer..

No comments:

Post a Comment