Wednesday 18 May 2011

BUDAYA ITU ADA POLA


1. WAJIB:  Suatu obligasi. Tiada pilihan lagi selain mematuhi peraturan,nilai atau undang-uandang yang telah ditetapkan. Misalnya suruhan agama dalam perintah sembahyang.

2. PREFFERED (Yang lebih disukai): Terdapat beberapa pilihan dalam melakukan sesuatu. Suatu pilihan lebih digemari berbanding yang lain. Misalnya orang Melayu suka menyediakan rendang semasa sambutan Hari Raya. Sedangkan pilihan yang lain masih ada.

3. TIPIKAL : Ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak digemari, namun ada satu yang kerap dilakukan. Misalnya jumlah dulang semasa hantaran perkahwinan Melayu. Boleh saja beberapa dulang jumlahnya. Namun biasanya jumlah yang dipilih adalah jumlah ganjil.

4. ALTERNATIF : Ada beberapa cara melakukan, namun tiada satupun yang digemari. Semua cara mendapat peluang yang sama untuk dipilih. Misalnya mengadakan kenduri kesyukuran. Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

5. TERHAD : Cara melakukan sesuatu dibenarkan hanya kepada orang-orang tertentu sahaja. Misalnya tugas menyambut kelahiran oleh Mak Bidan atau mengkhatankan kanak-kanak lelaki oleh Tok Mudim.

No comments:

Post a Comment