Wednesday 18 May 2011

Contoh jawapan soalan esei.



Bincangkan lima cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah.

Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan.  Dalam konteks bilik darjah,  komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid  dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif). 

Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang baik  patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang baik.  Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan difahami oleh si penyampai dan si penerima.

Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang pelbagai latar belakang. Guru  penting mengetahui  latar belakang murid agar mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan  dan penguasaan bahasa muridnya.  Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat  dan ringkas

Guru  perlu bersikap dan berfikiran positif.  Lihat kepada persamaan murid. Anggap perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok.

Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan.  Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon.  
Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula.  Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.

Guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan pandangan. Berikan dorongan minima seperti “ooh”, hmmm, ‘ ya, teruskan’, mengangguk, memek muka yang penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas (gesture). Ini akan menggalakkan murid terus bercerita atau menjawab soalan.  

Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea.  Jangan mendesak atau segera mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi  selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih panjang  dan lebih komunikatif.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi  efektif segala masalah atau halangan komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas, kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek muka yang serius ataubersifat  mengancam.

(Contoh & huraian diberi = 10 markah/markah penuh)


 
Biasanya soalan peperiksaan  bagi  kursus EDU 310X akan ada soalan-soalan berbentuk aplikasi  terutama soalan bahagian B dan C. Soalan aplikasi adalah soalan tahap tinggi (HOT: High Thinking Order) berbanding soalan berbentuk pengetahuan dan kefahaman  yang menuntut kemahiran berfikir tahap rendah (LOT: Low Thinking Order).

Soalan aplikasi selalu meminta kita memberikan cara, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan berkaitan situasi yang diberi. Misalnya suatu masalah pembelajaran yang dialami oleh murid atau guru dalam P&P.  
Cth soalan: cadangkan  5 cara bagaimana guru menguruskan persekitaran bilik darjah untuk menggalakkan  suasana  mesra  budaya.
Soalan tentang  kaedah/cara/strategi/ dsbg perlu merujuk kepada maksud sebenar aspek tersebut.

Berikut  panduan  umum bagaimana mengurus  dan merangka jawapan anda berdasarkan soalan aplikasi (BAGI MASALAH P&P)  Tuliskan   ciri-ciri yang betul bagi setiap kategori. 

Strategi  ( berpusatkan Guru, berpusatkan Murid  &  Berasaskan  Bahan, Berasaskan tugasan)
Teknik  ( sumbangsaran,  bercerita, perbincangan, demonstrasi, penyelesaian masalah)
Model ( main peranan, lakonan, simulasi, drama)
Pendekatan ( Induktif, deduktif, tematik, elektif, integratif)

Formasi tempat duduk /kerusi meja murid  atau tanpa kerusi meja dalam pembelajaran koperatif  (kata kunci  “pembelajaran koperatif”  = penyelesaian kepada kebanyakan  masalah P&P).
Bentuk U,  Bentuk ladam kuda, , Bentuk peraidani, Bentuk tradisional, Meja panjang, Bentuk forum, Bulatan penuh.
Ciri-ciri ahli kumpulan murid :
homogenous ( ada kesamaan seperti jantina, fizikal, tahap kecerdasan, kemahiran, bangsa):   heterogenous ( pelbagai seperti lelaki perempuan, mungkin juga usia,  tinggi, rendah, gemuk, kurus, cerdik, sederhana, lembam, Melayu, Cina, Iban, India, OA dsbg)

Pelan tindakan bagi mengubah masyarakat Orang Asli

Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan program pendidikan bagi masyarakat OA. Bermula dari peringkat asas sehingga ke peringkat tinggi.


1. Peringkat Asas menumpukan prasekolah. Pendidikan Asas disediakan bagi kanak-kanak 5-6 tahun sebelum menduduki pendidikan rendah.

2.  Pendidikan Peringkat rendah disediakan bagi penguasaan 3M.

3.  Peringkat menengah untuk pelajar berusia 13 – 18 tahun. Pendidikan komprehensif dan berkualiti. KBKK diterapkan.

4. Peringkat tertiari disediakan kepada yang layak ke IPT dengan kelayakan minimum. Misalnya kepujian dalam 3 matapelajaran SPM ke peringkat sijil di UITM.

5.Tumpuan kepada golongan yang tercicir seperti belia. Latihan kemahiran dan teknikal diberikan untuk pasaran pekerjaan. Pihak sekolah dengan inisiatif sendiri juga menjalankan program Jejak Kasih misalnya melawat ke rumah-rumah OA untuk memujuk anak-anak Orang Asli yang masih belum berdaftar sebagai murid sekolah  agar datang ke sekolah. 

USAHA KPM MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN ASAS


1.- Bilik darjah telah ditambah dari segi kualiti dan kuantiti
2.-Asrama telah dibina
3.-Rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP)
4.- Bekalan elektrik 24 jam ke sekolah rendah
5.-Bekalan air  bersih dan berterusan

AGENSI KERAJAAN YANG LAIN JUGA TURUT MENYUMBANG: MISALNYA  JKOA (JHEOA), JKR, KEMAS DAN NGO. Misalnya menaik taraf jalanraya dan jambatan, bekalan alat tulis dan pakaian, wang saku, sekolah tadika, bengkel kemahiran dan program motivasi.

Ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.


Hakikatnya  masih wujud  ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Namun pihak pemerintah telah, sedang dan akan melaksana usaha-usaha penambahbaikan berterusan.  Kita lihat sepintas lalu apakah faktor- faktor yang menyebabkan ketaksamaan tersebut.

Kelas sosial: 
perbezaan tahap sosio ekonomi keluarga akan memberi implikasi dari aspek kemampuan menyediakan peluang belajar kepada anak-anak.  Anak-anak golongan berada mampu belajar dengan lebih baik jika diambil kira dari segi kewangan dan material.

Pada zaman feudal, hanya golongan bangsawan yang mendapat pendidikan formal.


Kumpulan Minoriti: 
Akibat tiada kekuatan bersuara. Tiada kekuatan sebagai golongan pendesak.  Kehendak golongan ini sering tidak diutamakan. Misalnya masyarakat Orang Asli di Semenanjung atau indigenous di sabah dan Sarawak. Didiskriminasi.

 Infrastruktur
Kemudahan mendapatkan guru, guru enggan berkhidmat di pedalaman. Guru opsyen  bertukar ikut pasangan.
Kemudahan mendapatkan bahan rujukan.
Kemudahan ICT
Kemudahan asas di sekolah.

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Di Malaysia, kanak -kanak istimewa atau berkeperluan khas sering digabung ke dalam kelas Pendidikan Khas tidak kira kanak-kanak ini menghadapi masalah yang khusus untuk dirinya sahaja. Hal ini kerana kita belum bersedia mewujudkan kurikulum khusus bagi setiap masalah pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh itu jika kita mencerap ke kelas-kelas Pendidikan Khas di sekolah, kita mungkin mendapati lebih dari satu kategori kanak-kanak istimewa akan bercampur dalam kelas tersebut. Di antaranya...



-terencat akal
-bermasalah pembelajaran ( learning disabilities)
-kecelaruan tingkah laku
-cacat penglihatan
-cacat pendengaran
- cacat fizikal
-pintar cerdas dan berbakat istimewa
-disleksia
-autisme
- down sindrom
- ADHD